Tuesday, November 11, 2008

Apakah itu Demam Denggi?


DEMAN DENGGI

Dua jenis nyamuk yang terlibat dalam penyebaran demam denggi adalah aedas aegypti dan aedas albopictus, dimana nyamuk betina bertindak sebagai vektor penyebar virus denggi yang menggigit manusia pada waktu siang dan senja.


Jenis-jenis Penyakit.
-Jangkitan subklinikal (asimtomik) di mana gejala penyakit tidak kelihatan sama sekali.
-Demam biasa iaitu tanda khusus seperti demam denggi.
-Demam denggi klasika (DD).
-Demam denggi berdarah/sindrom renjatan denggi (dengue shock syndrome)

Punca penyakit.

-Berkaitan terus pada tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes;perangkap semut,pasu bunga,baldi,tempayan,kolah mandi,tayar buruk,tempurung kelapa,botol atau gelas pecah yang mengandungi air,saluran air hujan.

Tanda-tanda/simptom.
-Deman kuat yang mengejut.
-Bintik-bintik merah dibadan seperti ruam (rashes)
-Sakit teruk pada tulang-tulang,sendi-sendi,otot-otot dan belakang biji mata.
-Sakit kepala.
-Pendarah di bawah kulit kulit,hidung dan gusi.