Monday, November 10, 2008

25/10/08 DEEPARAYA

YB-YB melawat ke rumah-rumah OKU yang tidak dapat menghadiri majlis makan malam
Program DEEPARAYA ini dianjur oleh DAP Caw Sg Jarom bersama dengan MPP Zon 8
Majlis makan malam ini bertujuan untuk menolong orang-orang yang susah berbangsa Melayu & India di sekawasan Jenjarom, Sg Rambai dan Batu 15. Sumbangan wang tunai dan barang-barang keperluan telah dibekalkan oleh YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi, YB Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid, DAP Caw Sg Jarom dan MPP Zon 8!
Jamuan ini telah berjaya menarik ketiga-tiga bangsa untuk meraya bersama-sama diantara satu sama lain! Seramai 1500 penduduk yang telah menghadiri majlis tersebut! Tarian Melayu, Cina dan India dipersembahkan dengan iringan sorakan yang hebat sekali! Oleh yang sedemikian, perhubungan diantara tiga bangsa telah berjaya dirapatkan lagi pada malam tersebut! Ini telah menunjukkan bahawa perpaduan yang kami mengimpikan selama 50 tahun akan tercapai dibawah perintah kerajaan yang baru ini!!