Thursday, November 27, 2008

26/11/08 KEPUTUSAN MESYUARAT PENUH BILANGAN 7/2008

Berikut adalah keputusan yang telah dibuat berkaitan dengan penduduk-penduduk sekawasan Kg Baru Jenjarom:-

1. Permohonan lesen hiburan keluarga bagi pesta ria (Fun Fair) di atas PT 13HS(D)27278 (Econsave) telah ditolak diatas alasan mengandungi corak perjudian!

2. Majlis telah menjalankan undi rahsia dan memutuskan bahawa perniagaan besi buruk di Daerah Kuala Langat tidak dibenarkan diadakan di lapisan pertama Jalan Protokol. Perniagaan ini mesti berada di dalam zon industri atau syarat gunatanah industri. Laluan keluar-masuk premis tidak menghadap ke jalan raya.

3. Pihak JKR memaklumkan pelebaran jalan di Sungai Jarom akan dilaksanakan secepat mungkin selewat-lewatnya sebelum Tahun Baru Cina jika mendapat peruntukan.

4. Majlis telah mengambil tindakan memasang lampu sorot dan mengetatkan aktiviti penguatkuasaan di Pasar Sungai Jarom (sampah di hadapan pasar)

5. Majlis akan mengambil tindakan terhadap penjual-penjual ayam di Pasar Sungai Jarom jikalau enggan memindah ke Pusat Pemprosesan Ayam yang telah disediakan.

6. Dimaklumkan bahawa sebanyak 20 unit lampu yang telah dipasang di Taman Melati, Jenjarom.

7. Permohonan menaiktaraf longkang di Taman Seri Jarom, Jenjarom telah dibuat ke KPKT untuk tahun 2009. Pihak JPBP akan mengambil tindakan ke atas aliran tersekat.

8. Kajian akan dibuat bersama pihak JKR untuk persimpangan Taman Yayasan, Taman Melati dan Jalan Sungai Buaya menghala balai polis ke tokong Dong Zhan Shi. Dimaklumkan bahawa papan tanda U-Turn telah dibuang dan kenderaan boleh U-Turn di situ.