14-12-2008 Ahad
(i) Kg Baru Jenjarom (Lorong 9 - Lorong 23)
(ii) Taman Desa Jarom
20-12-2008 Sabtu
(i) Taman Seri Jarom
21-12-2008 Ahad
(i) Taman Melati
(ii) Taman Bestari
Mesyuarat bantahan kenaikkan cukai pintu, Rumah Murah Taman Seri Jarom 21-11-08 7:30 petang.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh saya dan pegawai penilaian dan harta, En Bob. Sebanyak 18 pemilik rumah yang terlibat menghadiri mesyuarat ini!
Para pemilik rumah telah mengemukakan pandangan-pandangan mereka sendiri untuk membantah kenaikan tersebut! Tetapi dengan kecewanya keputusan tidak dapat diberi kepada para pemilik pada malam ini! En Bob telah berjanji dengan para pemilik bahawa kenaikan cukai pintu akan dikaji semula sebelum mesyuarat yang akan datang!
Dengan ini, saya berharap para pemilik rumah yang terlibat bersabar sehingga keputusan kajian dikemukakan nanti!
Dengan hormatnya kami dapat menjemput Dr Sallehuddin, Ahli Majlis MDKL sudi menghadir ke taklimat ini bersama-sama dengan pegawai daripada Pusat Kesihatan Kuala Langat, En Mustafa! Taklimat ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman langkah-langkah mencegah nyamuk aedes!
Setahu kita, baru-baru ini kes demam denggi yang kerap sekali berlaku di kawasan Kg Baru Jenjarom ini amat membimbangkan kami! Dengan ini, saya berharap para penduduk disekawasan dapat berkerja-sama dengan kita untuk mencegah demam denggi ini berterusan merebak terutamanya "chikungunya" yang akan membawa maut kepada pesakit!
Taklimat pada malam tersebut telah mendapat balasan yang amat baik daripada kaum india yang sudi menghadiri taklimat ini walaupun pada hari hujan lebat! Dengan ini, saya berterima kasih setinggi-tingginya kepada para penduduk yang sudi hadir pada malam tersebut!
Dua jenis nyamuk yang terlibat dalam penyebaran demam denggi adalah aedas aegypti dan aedas albopictus, dimana nyamuk betina bertindak sebagai vektor penyebar virus denggi yang menggigit manusia pada waktu siang dan senja.
Jenis-jenis Penyakit.
-Jangkitan subklinikal (asimtomik) di mana gejala penyakit tidak kelihatan sama sekali.
-Demam biasa iaitu tanda khusus seperti demam denggi.
-Demam denggi klasika (DD).
-Demam denggi berdarah/sindrom renjatan denggi (dengue shock syndrome)
Punca penyakit.
-Berkaitan terus pada tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes;perangkap semut,pasu bunga,baldi,tempayan,kolah mandi,tayar buruk,tempurung kelapa,botol atau gelas pecah yang mengandungi air,saluran air hujan.
Tanda-tanda/simptom.
-Deman kuat yang mengejut.
-Bintik-bintik merah dibadan seperti ruam (rashes)
-Sakit teruk pada tulang-tulang,sendi-sendi,otot-otot dan belakang biji mata.
-Sakit kepala.
-Pendarah di bawah kulit kulit,hidung dan gusi.