Thursday, November 27, 2008

MAKLUMAN PENTING - GOTONG ROYONG

Satu gotong-royong akan diadakan pada hari yang ditentukan dibawah. Harap semua penduduk-penduduk yang terlibat dapat mengluangkan masa menyertai kempen gotong-royong ini demi kesihatan & keindahan Kampung / Taman-Taman kami!

14-12-2008 Ahad
(i) Kg Baru Jenjarom (Lorong 9 - Lorong 23)
(ii) Taman Desa Jarom

20-12-2008 Sabtu
(i) Taman Seri Jarom

21-12-2008 Ahad
(i) Taman Melati
(ii) Taman Bestari

26/11/08 KEPUTUSAN MESYUARAT PENUH BILANGAN 7/2008

Berikut adalah keputusan yang telah dibuat berkaitan dengan penduduk-penduduk sekawasan Kg Baru Jenjarom:-

1. Permohonan lesen hiburan keluarga bagi pesta ria (Fun Fair) di atas PT 13HS(D)27278 (Econsave) telah ditolak diatas alasan mengandungi corak perjudian!

2. Majlis telah menjalankan undi rahsia dan memutuskan bahawa perniagaan besi buruk di Daerah Kuala Langat tidak dibenarkan diadakan di lapisan pertama Jalan Protokol. Perniagaan ini mesti berada di dalam zon industri atau syarat gunatanah industri. Laluan keluar-masuk premis tidak menghadap ke jalan raya.

3. Pihak JKR memaklumkan pelebaran jalan di Sungai Jarom akan dilaksanakan secepat mungkin selewat-lewatnya sebelum Tahun Baru Cina jika mendapat peruntukan.

4. Majlis telah mengambil tindakan memasang lampu sorot dan mengetatkan aktiviti penguatkuasaan di Pasar Sungai Jarom (sampah di hadapan pasar)

5. Majlis akan mengambil tindakan terhadap penjual-penjual ayam di Pasar Sungai Jarom jikalau enggan memindah ke Pusat Pemprosesan Ayam yang telah disediakan.

6. Dimaklumkan bahawa sebanyak 20 unit lampu yang telah dipasang di Taman Melati, Jenjarom.

7. Permohonan menaiktaraf longkang di Taman Seri Jarom, Jenjarom telah dibuat ke KPKT untuk tahun 2009. Pihak JPBP akan mengambil tindakan ke atas aliran tersekat.

8. Kajian akan dibuat bersama pihak JKR untuk persimpangan Taman Yayasan, Taman Melati dan Jalan Sungai Buaya menghala balai polis ke tokong Dong Zhan Shi. Dimaklumkan bahawa papan tanda U-Turn telah dibuang dan kenderaan boleh U-Turn di situ.

Wednesday, November 26, 2008

21/11/08 BANTAHAN KENAIKAN TAKSIR CUKAI PINTU



Mesyuarat bantahan kenaikkan cukai pintu, Rumah Murah Taman Seri Jarom 21-11-08 7:30 petang.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh saya dan pegawai penilaian dan harta, En Bob. Sebanyak 18 pemilik rumah yang terlibat menghadiri mesyuarat ini!

Para pemilik rumah telah mengemukakan pandangan-pandangan mereka sendiri untuk membantah kenaikan tersebut! Tetapi dengan kecewanya keputusan tidak dapat diberi kepada para pemilik pada malam ini! En Bob telah berjanji dengan para pemilik bahawa kenaikan cukai pintu akan dikaji semula sebelum mesyuarat yang akan datang!

Dengan ini, saya berharap para pemilik rumah yang terlibat bersabar sehingga keputusan kajian dikemukakan nanti!

21/11/08 BANTAHAN PASAR MALAM DI TMN SERI JAROM




Mesyuarat bantahan mengadakan pasar malam di Taman Seri Jarom ini dia, kan di pejabat MPP Zon 8 Jenjarom pada 21-11-2008 4:00 petang.
Mesyuarat bantahan ini dipengerusi oleh saya bersama dengan pegawai kesihatan dan perlesenan, En Yusdi. Sebanyak 32 peniaga pasar malam tersebut menghadiri mesyuarat tersebut!
Pasar malam yang dicadangkan oleh para penjaja di Taman Seri Jarom (sebelah 99 market) telah mendapat bantahan daripada penduduk-penduduk sekawasan diatas sebab-sebab yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini!
Pihak majlis telah mencadangkan beberapa lokasi yang lebih sesuai untuk menaja pada malam Ahad sehingga ke Tahun Baru Cina 2009! Akhirnya, kami mencapai persetujuan untuk memindah daripada tapak asal yang dicadangkan kepada tapak pasar pagi Jenjarom!
Saya amat berterima kasih kepada En Yusdi kerana sudi hadir ke mesyuarat tersebut walaupun pada hujan lebat petir!

14/11/08 TAKLIMAT LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH NYAMUK AEDES







Taklimat ini dianjurkan oleh MPP Zon 8 bersama dengan Pusat Kesihatan Kuala Langat pada 14-11-2008 9:00 malam.

Dengan hormatnya kami dapat menjemput Dr Sallehuddin, Ahli Majlis MDKL sudi menghadir ke taklimat ini bersama-sama dengan pegawai daripada Pusat Kesihatan Kuala Langat, En Mustafa! Taklimat ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman langkah-langkah mencegah nyamuk aedes!

Setahu kita, baru-baru ini kes demam denggi yang kerap sekali berlaku di kawasan Kg Baru Jenjarom ini amat membimbangkan kami! Dengan ini, saya berharap para penduduk disekawasan dapat berkerja-sama dengan kita untuk mencegah demam denggi ini berterusan merebak terutamanya "chikungunya" yang akan membawa maut kepada pesakit!

Taklimat pada malam tersebut telah mendapat balasan yang amat baik daripada kaum india yang sudi menghadiri taklimat ini walaupun pada hari hujan lebat! Dengan ini, saya berterima kasih setinggi-tingginya kepada para penduduk yang sudi hadir pada malam tersebut!

Wednesday, November 12, 2008

Taklimat Punca & Langkah Mencegah Demam Denggi

Taklimat ini dianjur oleh MPP Zon 8 bersama dengan Pusat Kesihatan Kuala Langat

Baru-baru ini, "cikungunya" yang merebak secara tiba-tiba dekat Kg Baru Jenjarom ini telah membimbangkan para penduduk disekawasan ini! Setelah berbincang dengan En Mustafa daripada Pusat Kesihatan Kuala Langat, kami mencapai persetujuan untuk mengadakan satu taklimat untuk membolehkan para penduduk memahami lebih dalam lagi mengenai nyamuk Aedes!

Dalam taklimat ini, punca-punca & langkah-langkah mencegah nyamuk Aedes akan dikongsi dengan para penduduk oleh satu Doctor cina & 1 Doctor melayu. Harap semua penduduk boleh hadir pada malam tersebut seperti berikut:-

Tarikh : 14-11-2008 (Jumaat)
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg Sg Jarom (sebelah Tadika Aik Kuan)
Masa : 8:00 malam

Tuesday, November 11, 2008

Apakah itu Demam Denggi?


DEMAN DENGGI

Dua jenis nyamuk yang terlibat dalam penyebaran demam denggi adalah aedas aegypti dan aedas albopictus, dimana nyamuk betina bertindak sebagai vektor penyebar virus denggi yang menggigit manusia pada waktu siang dan senja.


Jenis-jenis Penyakit.
-Jangkitan subklinikal (asimtomik) di mana gejala penyakit tidak kelihatan sama sekali.
-Demam biasa iaitu tanda khusus seperti demam denggi.
-Demam denggi klasika (DD).
-Demam denggi berdarah/sindrom renjatan denggi (dengue shock syndrome)

Punca penyakit.

-Berkaitan terus pada tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes;perangkap semut,pasu bunga,baldi,tempayan,kolah mandi,tayar buruk,tempurung kelapa,botol atau gelas pecah yang mengandungi air,saluran air hujan.

Tanda-tanda/simptom.
-Deman kuat yang mengejut.
-Bintik-bintik merah dibadan seperti ruam (rashes)
-Sakit teruk pada tulang-tulang,sendi-sendi,otot-otot dan belakang biji mata.
-Sakit kepala.
-Pendarah di bawah kulit kulit,hidung dan gusi.

Monday, November 10, 2008

06/11/08 "Fogging" di Kg Baru Jenjarom

"Fogging" ini diketuai oleh MPP Zon 8 pada hari Khamis 06-11-08

Baru-baru ini, kes denggi yang merebak secara luas di sekawasan Jenjarom ini telah mencapai tahap yang amat bahaya! Saya mendapat laporan bahawa kes-kes denggi ini mungkin adalah sejenis denggi yang baru iaitu "chikungunya"!

Program ini telah mendapat sokongan daripada Pusat Kesihatan Kuala Langat dan Majlis Daerah Kuala Langat! Sebanyak 7 team "Fogging" dihantar mengfogging di Lorong 17 hingga Lorong 21, anggaran 200 rumah yang terlibat dalam program ini!
Pergiatan "Fogging" ini adalah untuk sementara sahaja, saya berharap semua penduduk-penduduk disekawasan Jenjarom mengambil perhatian untuk membersihkan rumah-rumah sendiri terutamanya tong-tong & tin-tin & bekas-bekas kosong yang terbiar di sekeliling kawasan anda.
Satu taklimat akan diberi kepada semua penduduk sekawasan untuk lebih memahami tentang pembiakan nyamuk Aides dalam masa yang singkat! Harap semua penduduk boleh menghadiri taklimat tersebut!

25/10/08 DEEPARAYA

YB-YB melawat ke rumah-rumah OKU yang tidak dapat menghadiri majlis makan malam
Program DEEPARAYA ini dianjur oleh DAP Caw Sg Jarom bersama dengan MPP Zon 8
Majlis makan malam ini bertujuan untuk menolong orang-orang yang susah berbangsa Melayu & India di sekawasan Jenjarom, Sg Rambai dan Batu 15. Sumbangan wang tunai dan barang-barang keperluan telah dibekalkan oleh YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi, YB Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid, DAP Caw Sg Jarom dan MPP Zon 8!
Jamuan ini telah berjaya menarik ketiga-tiga bangsa untuk meraya bersama-sama diantara satu sama lain! Seramai 1500 penduduk yang telah menghadiri majlis tersebut! Tarian Melayu, Cina dan India dipersembahkan dengan iringan sorakan yang hebat sekali! Oleh yang sedemikian, perhubungan diantara tiga bangsa telah berjaya dirapatkan lagi pada malam tersebut! Ini telah menunjukkan bahawa perpaduan yang kami mengimpikan selama 50 tahun akan tercapai dibawah perintah kerajaan yang baru ini!!


16/09/08 Bebaskan Teresa Kok & RPK

Perhimpunan secara aman ini telah diadakan pada hari selasa 16-09-08 dihadapan Dewan Orang Ramai Jenjarom. (Zon 8)
Perhimpunan ini bertujuan menyeru kepada kerajaan untuk membebaskan Tereka Kok & RPK yang telah ditahan dibawah ISA!!!
Seramai 200 orang telah menghadiri perhimpunan ini dan program ini berjaya mendapat sokongan daripada penduduk-penduduk yang melalui kawasan tersebut dengan membunyikan hon kereta / motor mereka!!!

31/08/08 Piala Merdeka Jenjarom 仁嘉隆独立杯







Piala Merdeka Jenjarom ini telah dianjur oleh DAP Caw Jenjarom & Caw Pekan Banting bersama dengan MPP Zon 8






Piala ini telah diadakan dengan jayanya dengan sokongan sepenuhnya daripada YB Tuan Abdullah Sani Bin Abdul Hamid (Ahli Parlimen Kuala Langat) dan YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (Adun Sijangkang), kami mengucapkan ribuan terima kasih!

Piala ini telah mendapat sambungan yang amat hebat sekali daripada penduduk-penduduk di Kuala Langat dan penduduk di lain-lain daerah! Tujuan pertandingan bola sepak ini diadakan adalah untuk menjauhi pemuda-pemuda sekawasan daripada aktiviti-aktiviti yang tidak memanfaatkan dan medorong pemuda-pemuda untuk bersukan demi kesihatan mereka!

"Bersukanlah untuk Negara"

县议员(第八区)管辖范围 Kawasan Kuatkuasa MPP Zon 8

县议员(第八区)管辖范围如下:-
Kawasan kuatkuasa MPP 8 adalah seperti berikut:-

1. 仁嘉隆新村 (第九条路 到 第二十三条路)
KAMPUNG BARU JENJAROM (LORONG 9 HINGGA LORONG 23)

2. 斯里嘉隆花园
TAMAN SERI JAROM

3. 大地花园
TAMAN MELATI

4. 帝沙嘉隆花园
TAMAN DESA JAROM

5. 丽晶花园
TAMAN BISTARI

瓜拉冷岳县 仁嘉隆区(ZON 8) 县议员各花园代表 AJK MPP Zon 8

县议员(ZON 8)各花园代表终于在2008年10月10日正式成立! 各位乡亲父老们如果有问题可直接联络本人或以下成员:-
Majlis Perwakilan Penduduk Zon 8 telah ditubuh dengan jayanya pada 10hb Oktober 2008! Jikalau anda mempunyai masalah-masalah ataupun soalan-soalan, sila hubungi AJK MPP Zon 8 seperti dibawah:-


PENGERUSI 主席 : KHOO CHONG TECK 邱宗德 (012-3342155)
N.PENGERUSI 副主席 : YEW CHO HOO 杨石虎 (016-9267266)
SETIAUSAHA 秘书 : NG KIEN LIM 黄健林 (019-2826663)

AJK 委员 :
TAN THIAM TENG 陈添丁 (016-6184559)
KHOO GHEE SAN 邱宜山 (012-2138098)
ANG CHUI SAI 洪水狮 (016-2593063)
LIM TECK SENG 林德成 (016-2885655)
CHEONG JENN CHONG 张建忠 (016-6689141)
LIM WEE HOW 林伟豪 (016-2121563)
TAN CHAI LAI 陈再来 (016-9489832)
LIM SHU HUAN 林书恆 (016-2593677)
LOW CHEE KEONG 刘志强 (016-3360149)
B.RAMAKRISHNAN A/L BALAKRISHNAN (016-6193828)
FAIRUZ@SIVA BIN ABDULLAH (016-6756758)
SURES A/L MUNIANDY (013-6835324)